SEJARAH SEKOLAH






            Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1957 dengan nama “Diamond Jublee”. Ia diasaskan oleh Encik Lopez dengan menggunakan bahasa penghantarnya Bahasa Inggeris.

            Kedudukan asal sekolah ini terletak di atas bukit bertentangan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Rengam. Pada tahun 1985 ’Diamond Jublee School’ telah berpindah ke tapak yang ada sekarang.Pada era 60an sehingga 80an  jumlah muridnya adalah mencapai sehingga 1000 orang.

            Pada tahun 1979, ’Diamond Jublee School’ telah bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Jubli Intan  Kedudukan sekolah ini lebih kurang 20 km dari bandar Kluang, ½ km dari bandar Rengam ,13 km dari Pekan Layang-Layang dan 15 km dari Simpang Renggam.

            Selaras dengan perkembangan sistem pendidikan kebangsaan, kini banyak kemudahan fizikal dan infra struktur yang diterima oleh Sekolah Kebangsaan Jubli Intan Renggam. Kini SKJIR mempunyai  2 buah bangunan 2 tingkat, sebuah bangunan
3 tingkat dan sebuah bangunan Makmal Komputer. Pelajarnya adalah terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India.

            Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, pihak Kementerian telah menyediakan kemudahan seperti Bilik Tayang, Bilik Media,Perpustakaan, Makmal Sains dan Bilik Kemahiran Hidup.Terdapat juga Kelas Pemulihan Khas untuk murid-murid yang tidak menguasai 3M.

            Pada tahun 1988 Persatuan Ibubapa dan Guru, telah membantu pihak sekolah membina  sebuah grandstand untuk kemudahan latihan sukan dan permaiunan. Pada
2 Januari 1996 bermula satu era baru bagi Sekolah Jubli Intan  kerana Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memilih sekolah ini bagi mendidik kanak-kanak istimewa. Sebuah bangunan lama telah diubahsuai untuk kegunaan murid istimewa daripada pelbagai kaum datang belajar.

             Sebuah Pusat Kegiatan Guru  (PKG JQA 2001) telah dibina untuk kemudahan guru-guru dalam Zon Rengam Layang.

            Manakala Makmal Komputer siap dibina pada tahun 2001. Sehingga kini Sekolah Jubli telah diterajui oleh seramai 15 orang Guru Besar.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. I am studentfrom 1974-1979 I miss the schooling time

    ReplyDelete
  3. Saya pelajar dari tahun 1975-1980

    ReplyDelete
  4. I miss my classmates year1972

    ReplyDelete